Monday 11 February 2019

Chalet Bersah @ Kampung Orang Asli

Tarikh: 7 & 8 Februari 2019
Lokasi: Chalet Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak.

Kalau korang mahu kembali kepada alam semula jadi, ditemani deruan air sungai, dikelilingi rimbunan hutan serta jauh dari bunyi dan kesibukan kota, maka inilah tempatnya. Dengan hanya RM60 semalam untuk satu chalet ianya pasti meninggalkan kenangan yang tenang.

Perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam dari exit ipoh, ianya pasti sangat berbaloi. Kalau korang nak tau, jalan di sangat berbukit dan mencanak. Fuhh! Aku dan kuni naik almera manual. Kejap-kejap tukar gear 1. Kalau bawa auto tak tau lah. Maybe lagi lambat. Jalan dia ok, elok bertar. Cuma sebab dia berbukit. Macam jalan nak ke cameron. Tapi ada jalan jadi one way. Bila sampai di selekoh kena bunyikan hon. Kot la ada kereta dari depan memang kita tak perasan. Dah macam kat Indonesia. Supir akan selalu bunyikan hon bila sampai di selekoh.

Boleh bayangkan tak tinggi tak tinggi? Macam jalan nak ke Kundasang pula.

Sekolah Menengah. Ada asrama. Boleh tahan jauh juga nak mengulang ke sekolah. Sebab penempatan situ jauh-jauh.

Jalan lurus. Awan dibalik rimbunan.

Gigih berhenti tepi jalan. Hihi.

Sampai-sampai je kitorang check in dulu.




Pondok kaunter bayaran. Ada brader yang jaga situ. Isi borang sikit dan buat bayaran RM60 per chalet.


Bila kitorang jalan-jalan je kat situ rasa terpegun dan takjub sangat. MasyaAllah Tabarakallah!!

 Macam lukisan kan? Perfect!


Sungai dia cantik gila wehhh. Oleh kerana kitorang check in hari khamis, chalet tak ramai orang yang menyewa malam tu. Kalau hari minggu biasanya memang penuh. So nak selamat silalah booking terlebih dahulu. Kalau tak penat je kau naik bukit pastu kena patah balik.



Dinasihatkan untuk sampai disitu sebelum asar. So korang boleh la mandi sungai sebelum maghrib. Sebab jalan situ tak ada lampu jalan. Kalau malam macam menyeramkan rasanya. Lagi-lagi kita yang pertama kali sampai. Nak selisih dengan kenderaan lain jarang sangat. Tapi paling kerap adalah motor penduduk tempatan (orang asli) disitu.

Aktiviti kat sana hanyalah mandi sungai, masak, makan dan tidur. Jadinya satu malam untuk menginap sudah cukup bagi aku. Sila bawa makanan dan portable kitchen ataupun dapur untuk barbeque (kalau mahu). Oleh kerana aku berdua je dengan kuni, kitorang bawa sardin, beras, roti dan megi cup je.


ini menu sarapan pagi kitorang. nasi + lauk sardin. Garlic bread. Dan juga kopi.




Masak di tepi sungai. kitorang malas nak turun. masak kat beranda chalet je sebab beranda menghadap sungai.

Sampi je situ, masukkan beg pastu makan nasi impit dan sambal ayam merah yang kuni bawa. Lepas makan kitorang jalan-jalan ditepi sungai. Yang menariknya ada meja n kerusi ditengah-tengah sungai kalau korang feeling makan ats sungai. Jangan risau. Kerusi n meja tu kukuh n bersih. Cuma ada pasir sungai je lah. Konsepnya lepas makan basuh tangan terus. Hihi


View dari tepi chalet.

Setiap chalet ada beranda masing-masing yang menghadap sungai. Sebab kitorang malas nak makan dan masak kat wakaf disitu kitorang masak kat beranda je la. Bukan masak apa pun malam tu, masak air untuk masak megi dan nak bancuh kopi je la.

Perghh nikmat betul rasanya makan megi dalm hutan tepi sungai.

Lepas makan pergi toilet siap-siap sebab toilet kat luar. Konsep toilet kongsi. Toilet dia ok lah. Tak la bersih sangat tapi tak la kotor sampai kau tak lalu nak masuk. Ada shower n tandas duduk. Toilet dia sangat limited. Ada 2 je untuk perempuan dan 2 untuk lelaki. Aku tak dapat bayangkan kalau chalet tu penuh dengan orang. Mau nanti ada yang siap bersabun kat sungai. Haha

Tapi kat depan chalet ada disediakan paip. Mudah sikit. Tak ada lah sikit-sikit nak ke sungai. Toilet dia yang bangunan batu tu. seberang jalan dengan chalet. Gambar tu brader tengah mandikan baby dia.

Chalet tu xda kunci tau. Pintu dia cuma selak je yang ada. Tak ada plug. Tak ada kipas. Yang ada hanya lampu. Itupun lampu dia boleh hidupkan bila nak dekat maghrib. Sila bawa powerbank yang sudah dicaj penuh. Kat sana ada line. Cuma semput sikit. Sekadar nak wasap tu boleh la. Nak layan viu susah la. Sakit ati je rasanya. InsyaAllah selamat walaupun kitorang berdua peremuan. Sebab ada beberapa pemuda dari kalangan orang asli yang berjaga malam untuk memastikan keselamatan penyewa chalet.

Ini chalet yang lain. Tengok tingkap dia. Hahaha. 



Ini chalet bilik aku. Guna kayu sebagai penghadang. 

Bayangkan eh. Berdinding dan berlantaikan buluh. Serta beratapkan nipah. Waktu malam, sejukkk sangat. Suhu dia macam dalam peti ais. Ada disediakan selimut. Tapi tak cukup. Aku bawa selimut pun nipis. Better pakai sleeping bag mcm kuni. Dan malam tu adalah malam yang paling panjang dalam hidup aku. Hampir setiap jam terbangun menunggu subuh yang tak sampai-sampai. Sebab tak tahan sangat sejuk dia. 

Sila jaga kebersihan.

Pemandangan di hening subuh. 



Mandi kat sungai ni umpama mandi guna air coway. haha.


Untuk korang yang nak booking boleh contact En Saidin 019-4117281. En Saidin bagitahu kalau nak datang tanpa menginap pun boleh. Ada wakaf yang boleh disewa hanya RM20 sepanjang hari. Kalau nak sewa chalet tanpa bermalam, sejam RM10 sahaja. 

Aku cadangkan untuk elakkan waktu hujung minggu dan cuti umum. Kalau chalet tu penuh, sungai tu luas lagi untuk korang mandi. Tapi itu lah tu. Tandas hanya 2. 

Untuk camping aktiviti sebegini, 1 malam dah cukup. Kalau 2 malam kejung jadinya. Haha

Sini tak ada kedai. Sila bawa peralatan, makanan dan barang secukupnya. Masa aku nak checkout ada orang asli tempatan yang jual petai. Tapi aku tak beli pun.

Semoga bermanfaat.




Chalet Bersah @ Kampung Orang Asli

Tarikh: 7 & 8 Februari 2019 Lokasi: Chalet Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak. Kalau korang mahu kembali kepada alam semula ja...